Pengikut

Rabu, 3 Oktober 2012

MASALAH BILA TENGKU NAK BERTANDING LAGI BUKAN WAN AMIZAN! APA KEPENTINGANNYA?!



Diharapkan blogger boleh terangkan sikit siapa yang layak jadi Calon P81. Adakah undi kepada UMNO meningkat semula selepasTengku Azlan Tarikh diri?

Suarapi Bersetuju jika Wzwh Dapat ganti Dun Tahan. Kerana calon yang diperlukan sebenarnya berlatarbelakang kelulusan.

 Tidak ada kawan mahupun lawan dalam hubungan politik. Semua bentuk solidariti hanya terbatas kepada kepentingan politik – kepentingan diri sendiri dan kemahuan. Selainnya hanya sikap kepura-puraan yang hanya hadir untuk memastikan matlamat tercapai.
Kita mahu diikat  mahu ditentukan perjalanan  mahu disumbat dengan harapan, semata-mata kerana untuk mereka  tidak ada kena-mengena atas perubahan  mahukan perjuangan menuntut kejayaan negara –amat perihatin kepada nasib kita – TIDAK – 

Buatlah apa pun  korbankan apa pun  sampai masa, ukuran pengorbanan atas nama perjuangan rakyat atas nama perubahan  atas nama reformasi  atas nama transformasi, tidak bermakna dan ukuran kekuatan kewangan  status adalah pandangan mereka, sekiranya tidak  berkaratlah kamu, usanglah kamu dan terperoklah kamu dipinggir sejarah perjuangan dan akhirnya matilah kamu, sendirian dengan kehidupan yang calar malar dan penuh kemiskinan.
Hari ini, ukuran kekuatan kamu adalah sekiranya kamu mampu melukakan mereka, membocorkan keburukan mereka, membentuk persepsi buruk keatas mereka  lantas mereka akan bayar berkali-kali lebih, menyempurnakan apa yang tidak sempurna dalam kehidupan kamu SEMATA-MATA tidak mahu kamu memburukkan mereka yang mungkin sudah sedia buruk.
Maka berlumba-lumba anak adam  mengetuk komputer  siang dan malam mencari-cari isu sensasi  membongkar dan membentuk sensasi menuduh atas nama persoalan semata-mata mahukan mereka melihat, semata-mata mahu menunjukkan bahawa aku patut diberi itu dan ini sebelum aku menulis seperti itu keatas kamu.
Maka ada yang bergembira atas kerja-kerja ini, maka menjadilah mereka wira dan wirawati dalam perjuangan. Mereka akan di beri ruangan, diberi peluang dan diberi dana semata-mata kerana kerja-kerja mereka yang akan menjadi ikutan yang lain. Maka beredarlah kita dari memperjuangkan kebenaran kepada memperjuangan kepalsuan dan berusahalah kita menegakkan benang yang basah.
Ini adalah hakikat  tidak mengira wadah mana pun, tidak ada kawan dan lawan dalam politik. Kepimpinan baik mana pun hanya mencari ruangan  mahu locatan politik dan kita adalah pelacur upahan, moral tersorok ke tepi demi mahukan kedudukan itu. 

Jangan kamu perjuangan kebenaran kerana datang dengan perjuangan kebenaran adalah kemiskinan dunia yang akhirnya menjadikan kita kesal bila terdampar sendirian. Itu adalah realiti politik dan itu adalah hakikat yang ada dan mahu disuburkan oleh semua kepimpinan politik yang ada  yang bercita-cita untuk terus menuntut dan mempertahankan kuasa yang ada. Maka adalah kita berbeza jauh dari pelacur jalanan. Kita turut menjual maruah, lantas memberi kesan buruk kepada kemanusiaan. Jenis pelacur apakan kita ini?

Jumaat, 21 September 2012

MENGAPA WZWH TIDAK SETUJU DENGAN WAN AMIZAN?

 SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?


BACA POSTING WZWH DIBAWAH:

Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:


  • MCA perlu letak calon baru yang boleh menang untuk bertanding di DUN Damak PRU 13.
  • Jika MCA tiada calon boleh menang maka UMNO  mahu kuota DUN Damak.
Rasional UMNO Bahagian Jerantut begini:
  • Majoriti undi DUN Damak semakin merosot.
  • PRU 11 MCA menang majoriti 2544.
  • PRU 12 MCA menang majoriti 509.
  • Calon MCA yang sama sejak 4 penggal lepas.
  • MCA Jerantut kurang berjaya menarik perhatian dan minat orang Cina.
Mari lihat data terkini DUN Damak:
Bilangan pengundi berdaftar: 22,098 dengan pecahan mengikut kaum:
  • Melayu      12,336 (55.82%)
  • Cina              7690 (34.8%)
  • India              1328 (6.01%)
  • Orang Asli       676 (3.06%)
  • Lain-lain             68 (0.31%)
Untuk mengkaji apa kesan jika MCA Jerantut gagal tonjolkan calon baru dan jika UMNO Jerantut berkeras mahu ambil kuota DUN Damak mari kita lihat data Parlimen Jerantut pula:
Bilangan pengundi berdaftar: 56,146 dengan pecahan mengikut kaum:
  • Melayu        45,276 (80.64%)
  • Cina               7837 (13.96%)
  • India              1624 (2.89%)
  • Orang Asli      1296 (2.31%)
  • Lain-lain          113 (0.20%)
Dengan data yang ada MCA dan UMNO Jerantut perlu berbincang berdasar fakta bukan dengan emosi.
Apa yang disarankan oleh UMNO Jerantut ada baiknya. MCA Jerantut perlu terima cabaran UMNO Jerantut supaya jentera MCA Jerantut lebih cekap dan berkesan.
Apa MCA Jerantut perlu buat?:
  • Kenalpasti siapa ahli-ahli  MCA Jerantut?
  • Dimana cawangan dan AJKnya?
  • Aktif atau tidak aktif?
  • Bagaimana menarik minat pengundi Cina?
WZWH sebagai blogger dan ahli politik Jerantut telah menyatakan bahawa DUN Damak perlu dikekalkan kepada MCA cuma WZWH mahu MCA perlu bekerja lebih keras supaya lebih ramai pengundi Cina menyokong calon parlimen BN Jerantut.
Tiada erti jika UMNO Jerantut bersusah payah memenangkan MCA di DUN Damak namun tiada usaha yang serupa dilakukan bagi memenangkan calon parlimen Jerantut yang diwakili oleh UMNO!
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 itu hak pemimpin tertinggi MCA. Namun WZWH sebagai blogger Jerantut juga perlu  menyuarakan kehendak beberapa kumpulan komuniti Cina Jerantut. 
Mereka mahu WZWH tonjolkan calon-calon mereka dan WZWH terpaksa akur dengan kehendak mereka kerana blog WZWH adalah blog politik Jerantut dan suara rakyat Jerantut.
Walau dikatakan pengundi Cina  Jerantut pada masa sekarang lebih tertarik kepada perjuangan DAP berbanding MCA tapi bila WZWH turun padang berjumpa dengan orang Cina Jerantut WZWH dapati  untuk mendapat sokongan orang Cina Jerantut kita perlu mendekati juga pertubuhan NGO dan persatuan Cina Jerantut termasuk Dewan Perniagaan dan clan-clan.
Yang penting pegang kepala-kepala pemimpin Cina Jerantut. Orang Cina Jerantut bukan macam orang Cina Bangsar. Orang Cina Jerantut juga majoriti orang Cina Pahang ada juga adat dan sejarah mereka yang berkait dengan politik tradisional Pahang.
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 jika berlaku perubahan calon? Disini WZWH perkenalkan nama-nama dua calon:
  1. Dato' Ng See Tiong
  2. Dato' Lam Kuang Yau
ng see
Dato' Ng See Tiong, 52 tahun.
Seorang peguam di firma Ibrahim Kamaruddin & Associates. Graduate Universiti Malaya. Anak jati Jerantut. Ahli MCA yang berpengalaman. Ahli MDJ. Mesra dengan orang Melayu. Suka bergaul dengan masyarakat. Pandai bercakap dengan hujah yang meyakinkan. Juga aktif dengan pertubuhan NGO Cina Jerantut.
Dato' Lam Kuang Yau, 50 tahun.
Seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Graduate Bsc Civil Ingineering dari University of Aberdeen, Scotland, UK. Anak Cina Sungai Jan Jerantut. Ahli MCA yang aktif dengan Persatuan Pertubuhan Cina, Naib Presiden. Aktif dengan masyarakat Cina Jerantut terutama sukan.
 SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?


Rabu, 12 September 2012

UMNO JERANTUT HURU-HARA DISEBABKAN WAN AMIZAN ??

Bos WZWH  Dato DOmPoK TunJuK Hero!!

Siapa pengkhianat pemimpin Melayu ini yang sanggup mengadaikan kepentingan orang Melayu bandar Jerantut demi kepentingan peribadi? Peniaga Cina pun merungut kerana terpaksa membeli dan menyewa bangunan kedai dengan harga yang tinggi.
Inilah yang akan mahu dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dalam ucapan perasmiannya bahawa Pemuda UMNO mahu membersihkan UMNO Jerantut dari pengkhianat bangsa yang mengadai kepentingan orang Melayu bandar Jerantut.
Isu panas ini pada awalnya telah dibangkit dan digerakkan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Ketua Wanita telah menerima banyak rungutan dan komplen dari golongan peniaga Melayu bandar Jerantut. Ketua Wanita telah membangkitkan isu ini kepada UMNO Bahagian Jerantut tapi tiada tindakan. 
Ketua Wanita UMNO Jerantut lalu telah berjumpa dengan PM mengadu hal pada tahun lepas. Akhir ini Ketua Wanita Jerantut tidak puas hati bila tiada juga hasil.
WZWH difahamkan EXCO Pahang meluluskan tanah-tanah strategik bandar Jerantut itu kepada pemaju itu kerana pemegang sahamnya semua orang Melayu tapi bila permohonan itu telah diluluskan terus semua orang Melayu itu menjual kepentingan saham kepada bukan Melayu! Semacam ada perancangan halus untuk menipu EXCO Pahang.
Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan Ketua Wanita UMNO Jerantut akan bersama-sama membuat report kepada SPRM Putrajaya.
dari BLOG Zuri WZWH..



WZWH TOloNg La SelaMatKan WaWR!

Selasa, 28 Ogos 2012

WZWH VS WAN AMIZAN CALON MP JERANTUT

 
GAMBAR DIAMBIL DALAM BLOG PAT-PAT SIKULIPAT

Baru-baru ni blog pat-pat sikulipat keluarkan posting calon MP Jerantut. Dia tulis Wan Amizan VS Kamarulzaman Baria. Suara Api tak setuju betula dengan pat-pat siku lipat!.


 Suara Api akan sokong Kalau WzwH yang jadi calon MP. Sebab Wzwh lagi berkelulusan tinggi. Lagi pun Wzwh lagi bijak berpolitik dari Wan Amizan.  Lagi sesuai Wan Amizan dikerusi Dun sebab beliau akan jadi exco Pahang nanti.

Dalam keadaan sekarang Wzwhlah yang paling layak melihatkan kelulusan beliau. Itu pun kalau Wzwh sudi lah. Kalau boleh wzwh respon la sikit.

Isnin, 13 Ogos 2012

Hai!! Wan Zuri komfirm Parlimen!! Orang Jerantut Terkejut Beruk Sekarang!

aSAlaMualaiKum..
Maaf Lama Tak Bersua...
Ini Kisah Orang Hebat....
HAHA.. Gua Masih teringat artikel ini yang panas di blog hebat Jerantut:
"Wan Zamzuri Wan Hasenan dalam blognya wzwh mengesyorkan kepada PM dan MB Pahang supaya mengadakan 'drastic cleansing' calon-calon pilihan raya khusus bagi kawasan Jerantut segera.

Beliau mencadangkan supaya YBM Tengku Azlan, Dato' Dr.Shukri dan Dato Wan Amizan 'digantung kasut bola' kerana dikatakan menjadi pemain yang pasukan yang sentiasa kalah, tiada semangat dan memalukan.


Beberapa hari sebelum ini beliau menulis dalam blog supaya Dr.Shukri dicalonkan di Parlimen, Wan Amizan kekal di DUN Tahan dan Norhelan Mahmud ketua wanita di DUN Pulau Tawar. DUN Damak beliau tidak campur. . Postingnya kali ini calon recycle tidak payah dilayan terus.

Pada kali ini beliau mengesyorkan agar drastic cleansing calon malaikat yang digariskannya lapan ciri utama iaitu bersih, berintergriti, berkepimpimpinan, berpendidikan sekular dan agama, tiada skandal, tiada hutang melampau, muda serta minat dan bersemangat.

Setelah menganalisa dengan rakan-rakan siapa yang dimaksudkan? ramai yang mengatakan bahawa calon malaikat yang dimaksudkan itu adalah diri WZWH sendiri!. kerana kebelakangan ini beliau cukup aktif menganalisa calon-calon yang perlu diketengahkan dalam pru 13. Orang itu layak, orang itu tidak layak, sianu banyak masalah, siani banyak isu dan berbagai lagi. Setelah dirinya membuat analisa dia berjumpa dengan dirinya sendiri yang paling layak!.
Terpulanglah pada pandangan orang jerantut adakah beliau layak atau tidak. Sila kemukakan pendapat anda disini".

Ahad, 11 Mac 2012

SIAPA YANG BERANI MENASIHATI KU LAN BERUNDUR??

    
   Selepas Ku Lan mengumumkan tentang hasrat beliau untuk menarik diri ramai dikalangan pemimpin UMNO Jerantut menarik nafas lega.
 Ramai diantara mereka yang menyatkan bahawa Ku Lan memang diperlukan untuk memilih untuk berundur lebih awal, cuma bila didepan mereka akan menjaga nama baik masing-masing untuk memilih menyokong Ku Lan.

     Senario ini sangat menekan pemimpin-pemimpin Umno Jerantut untuk membuat keputusan. Begitu juga dengan 2 orang Adun Dato Wan Amizan dan Dato Dr Sukri sangat mengharapkan pengumuman YBM Tan Sri Tengku untuk berundur diri agar mereka dapat segera menggantikan kerusi itu di PRU 13 nanti.

 Tindakan Ahli Parlimen Jerantut  YBM Tan Sri Tengku Azlan  Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mengumumkan menarik diri dari terus bertanding dilihat satu permainan politik yang sangat menyukarkan rakyat untuk menerima beliau jika beliau bertanding sekali lagi.

     Apa yang bermain difikiran rakyat Jerantut ketika ini adalah, siapa yang berani untuk menasihati Ku Lan agar berundur??


Isnin, 13 Februari 2012

18-PA: PEMIMPIN Umno JERANTUT TOLONG MEMAHAMI ERTI SENGSARA DAN CARI PENAWAR SEBELUM KENA RACUN BERBISA!

                                          gua tengah layan blog tiba-tiba aweks jepun lalu, gua ambil gambar haha..

Bestkan tajuk gua kat atas macam tajuk filem yang bakal mengegar Pagung!! hahaha!!
Artikel terbaik yang tersenarai dalam blog Suara Api berkenaan isu Dollah kicap!
kalau dalam face book ramai klik "like" yang membawa maksud suka.

hai bila la dollah nak berhenti ni. Dia ni tak malu betula..
gua malas nak tulis pasal sidol ni kita cerita pasal topik Pemimpin umno Jerantut yang syok sendiri la.
soalan pelik dari suara Api, Mengapa kepimpinan Umno Jerantut tak ubah perangai lagi ni?
kenapa? pembaca tanya kenapa??

Sekarang ni dah dekat pilihanraya kata tukang basuh teksi kat Jerantut ni tapi pemimpin syok sendiri ni apahal?

projek ribu ribu untuk rakyat  tapi sidol kerat separuh.. oppsss.. silap-silap sory-sory. Sory abg dol saya tersilap jangan marah ye. cukup sampai sini ye.
 esok nak bangun pagi nak bawa helikopter. Nanti sambung ye abang dol.
moral of this story ialah rakyat nak Umno berubah sebelum parah.. ok.
kami tak nak Sarip Doll menggangu Kampung kami ini..

suara api,
dicatat dalam perjalanan ke tokyo
Reminder Message From Silent Protes(hanya yg bersekolah tinggi sahaja yang memahami unsur & maksud semua ayat diatas) 
    • 18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan
    • 18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan
    • 18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
    • 18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)
So who's part are you most looking forward?? haha..