SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?
BACA POSTING WZWH DIBAWAH:
Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:
BACA POSTING WZWH DIBAWAH:
Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:
- MCA perlu letak calon baru yang boleh menang untuk bertanding di DUN Damak PRU 13.
- Jika MCA tiada calon boleh menang maka UMNO mahu kuota DUN Damak.
Rasional UMNO Bahagian Jerantut begini:
- Majoriti undi DUN Damak semakin merosot.
- PRU 11 MCA menang majoriti 2544.
- PRU 12 MCA menang majoriti 509.
- Calon MCA yang sama sejak 4 penggal lepas.
- MCA Jerantut kurang berjaya menarik perhatian dan minat orang Cina.
Mari lihat data terkini DUN Damak:
Bilangan pengundi berdaftar: 22,098 dengan pecahan mengikut kaum:
- Melayu 12,336 (55.82%)
- Cina 7690 (34.8%)
- India 1328 (6.01%)
- Orang Asli 676 (3.06%)
- Lain-lain 68 (0.31%)
Untuk mengkaji apa kesan jika MCA Jerantut gagal tonjolkan calon baru
dan jika UMNO Jerantut berkeras mahu ambil kuota DUN Damak mari kita
lihat data Parlimen Jerantut pula:
Bilangan pengundi berdaftar: 56,146 dengan pecahan mengikut kaum:
- Melayu 45,276 (80.64%)
- Cina 7837 (13.96%)
- India 1624 (2.89%)
- Orang Asli 1296 (2.31%)
- Lain-lain 113 (0.20%)
Dengan data yang ada MCA dan UMNO Jerantut perlu berbincang berdasar fakta bukan dengan emosi.
Apa yang disarankan oleh UMNO Jerantut ada baiknya. MCA Jerantut perlu
terima cabaran UMNO Jerantut supaya jentera MCA Jerantut lebih cekap dan
berkesan.
Apa MCA Jerantut perlu buat?:
- Kenalpasti siapa ahli-ahli MCA Jerantut?
- Dimana cawangan dan AJKnya?
- Aktif atau tidak aktif?
- Bagaimana menarik minat pengundi Cina?
WZWH sebagai blogger dan ahli politik Jerantut telah menyatakan bahawa
DUN Damak perlu dikekalkan kepada MCA cuma WZWH mahu MCA perlu bekerja
lebih keras supaya lebih ramai pengundi Cina menyokong calon parlimen BN
Jerantut.
Tiada erti jika UMNO Jerantut bersusah payah memenangkan MCA di DUN
Damak namun tiada usaha yang serupa dilakukan bagi memenangkan calon
parlimen Jerantut yang diwakili oleh UMNO!
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 itu hak pemimpin tertinggi MCA. Namun
WZWH sebagai blogger Jerantut juga perlu menyuarakan kehendak beberapa
kumpulan komuniti Cina Jerantut.
Mereka mahu WZWH tonjolkan calon-calon mereka dan WZWH terpaksa akur
dengan kehendak mereka kerana blog WZWH adalah blog politik Jerantut dan
suara rakyat Jerantut.
Walau dikatakan pengundi Cina Jerantut pada masa sekarang lebih
tertarik kepada perjuangan DAP berbanding MCA tapi bila WZWH turun
padang berjumpa dengan orang Cina Jerantut WZWH dapati untuk mendapat
sokongan orang Cina Jerantut kita perlu mendekati juga pertubuhan NGO
dan persatuan Cina Jerantut termasuk Dewan Perniagaan dan clan-clan.
Yang penting pegang kepala-kepala pemimpin Cina Jerantut. Orang Cina
Jerantut bukan macam orang Cina Bangsar. Orang Cina Jerantut juga
majoriti orang Cina Pahang ada juga adat dan sejarah mereka yang berkait
dengan politik tradisional Pahang.
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 jika berlaku perubahan calon? Disini WZWH perkenalkan nama-nama dua calon:
- Dato' Ng See Tiong
- Dato' Lam Kuang Yau
Dato' Ng See Tiong, 52 tahun.
Seorang peguam di firma Ibrahim Kamaruddin & Associates. Graduate
Universiti Malaya. Anak jati Jerantut. Ahli MCA yang berpengalaman. Ahli
MDJ. Mesra dengan orang Melayu. Suka bergaul dengan masyarakat. Pandai
bercakap dengan hujah yang meyakinkan. Juga aktif dengan pertubuhan NGO
Cina Jerantut.
Dato' Lam Kuang Yau, 50 tahun.
Seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Graduate Bsc Civil
Ingineering dari University of Aberdeen, Scotland, UK. Anak Cina Sungai
Jan Jerantut. Ahli MCA yang aktif dengan Persatuan Pertubuhan Cina, Naib
Presiden. Aktif dengan masyarakat Cina Jerantut terutama sukan.
SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?
wzwh nak calon dun tahan tu.maka wan amizan boleh pergi mampus la. dia kata wan amizan tak layak situ lagi. banyak masalah.
BalasPadamKlau dah majoritinya Melayu kenapa nak bagi kepada Cina. Melayu UMNO takut ke? Sekiranya diletakan calon bukan Melayu olih BN maka peluang untuk BN kalah adalah cerah. Kalau ada melayu bertanding atas tiket Bebas inshaallah.pluang menag amat cerah.
BalasPadamwzwh gila kuasa la tu
BalasPadamWebsite bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
BalasPadamSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq
Agen Poker Online
IDNPLAY
Situs Judi Poker Online Terpercaya
Situs Judi Poker Online Pkv
Bandar q
Bandar Poker Online
Poker Online Terpercaya
Agen Poker Online Terpercaya
agen poker online
agen poker pkv