Pengikut

Rabu, 3 Oktober 2012

MASALAH BILA TENGKU NAK BERTANDING LAGI BUKAN WAN AMIZAN! APA KEPENTINGANNYA?!



Diharapkan blogger boleh terangkan sikit siapa yang layak jadi Calon P81. Adakah undi kepada UMNO meningkat semula selepasTengku Azlan Tarikh diri?

Suarapi Bersetuju jika Wzwh Dapat ganti Dun Tahan. Kerana calon yang diperlukan sebenarnya berlatarbelakang kelulusan.

 Tidak ada kawan mahupun lawan dalam hubungan politik. Semua bentuk solidariti hanya terbatas kepada kepentingan politik – kepentingan diri sendiri dan kemahuan. Selainnya hanya sikap kepura-puraan yang hanya hadir untuk memastikan matlamat tercapai.
Kita mahu diikat  mahu ditentukan perjalanan  mahu disumbat dengan harapan, semata-mata kerana untuk mereka  tidak ada kena-mengena atas perubahan  mahukan perjuangan menuntut kejayaan negara –amat perihatin kepada nasib kita – TIDAK – 

Buatlah apa pun  korbankan apa pun  sampai masa, ukuran pengorbanan atas nama perjuangan rakyat atas nama perubahan  atas nama reformasi  atas nama transformasi, tidak bermakna dan ukuran kekuatan kewangan  status adalah pandangan mereka, sekiranya tidak  berkaratlah kamu, usanglah kamu dan terperoklah kamu dipinggir sejarah perjuangan dan akhirnya matilah kamu, sendirian dengan kehidupan yang calar malar dan penuh kemiskinan.
Hari ini, ukuran kekuatan kamu adalah sekiranya kamu mampu melukakan mereka, membocorkan keburukan mereka, membentuk persepsi buruk keatas mereka  lantas mereka akan bayar berkali-kali lebih, menyempurnakan apa yang tidak sempurna dalam kehidupan kamu SEMATA-MATA tidak mahu kamu memburukkan mereka yang mungkin sudah sedia buruk.
Maka berlumba-lumba anak adam  mengetuk komputer  siang dan malam mencari-cari isu sensasi  membongkar dan membentuk sensasi menuduh atas nama persoalan semata-mata mahukan mereka melihat, semata-mata mahu menunjukkan bahawa aku patut diberi itu dan ini sebelum aku menulis seperti itu keatas kamu.
Maka ada yang bergembira atas kerja-kerja ini, maka menjadilah mereka wira dan wirawati dalam perjuangan. Mereka akan di beri ruangan, diberi peluang dan diberi dana semata-mata kerana kerja-kerja mereka yang akan menjadi ikutan yang lain. Maka beredarlah kita dari memperjuangkan kebenaran kepada memperjuangan kepalsuan dan berusahalah kita menegakkan benang yang basah.
Ini adalah hakikat  tidak mengira wadah mana pun, tidak ada kawan dan lawan dalam politik. Kepimpinan baik mana pun hanya mencari ruangan  mahu locatan politik dan kita adalah pelacur upahan, moral tersorok ke tepi demi mahukan kedudukan itu. 

Jangan kamu perjuangan kebenaran kerana datang dengan perjuangan kebenaran adalah kemiskinan dunia yang akhirnya menjadikan kita kesal bila terdampar sendirian. Itu adalah realiti politik dan itu adalah hakikat yang ada dan mahu disuburkan oleh semua kepimpinan politik yang ada  yang bercita-cita untuk terus menuntut dan mempertahankan kuasa yang ada. Maka adalah kita berbeza jauh dari pelacur jalanan. Kita turut menjual maruah, lantas memberi kesan buruk kepada kemanusiaan. Jenis pelacur apakan kita ini?

1 ulasan:

  1. Pujila barua tu menyampah aku.

    BalasPadam

silalah komen.