Pengikut

Khamis, 29 Disember 2011

PEMIMPIN DI JERANTUT PERLU BERSIH DAN BERJIWA RAKYAT

 
Rakyat telah banyak kali tipu oleh kelemahan kepimpinan di Jerantut ini. Kelemahan pucuk kepimpinan memilih merupakan satu kesilapan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Apa yang tergambar dimata dan fikiran rakyat adalah sebuah pepatah lama iaitu; harapkan pagar, pagar makan padi. Yang membawa maksud mendalam iaitu; harapkan pemimpin untuk membela maka pemimpin itulah juga yang merompak harta benda rakyat.

Apakah pemimpin begini hendak kita angkat atau berikan lagi peluang memimpin? Jika pun pemimpin ini tidak merasa mereka memakan hasil haram tetapi mereka tetap dipandang haramjadah oleh rakyat.

Pucuk pimpinan khususnya PM harus melihat ini dan tidak meletakkan mereka sebagai calon dalam PRU akan datangt jika sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Pemimpin beginilah yang telah membuatkan ramai ahli-ahli UMNO berpaling tadah dan menyokong parti lawan. Benar, kami tidak punya suara tetapi kami punya satu undi dan kami punya satu rangkaian yang berhubung antara satu sama lain. Kami akan bersepakat untuk menolak sekiranya pemimpin begini dicalonkan.

Adakah anda akan menyokong pemimpin yang sudahlah tidak bersih malahan nampak tidak bersih.
 Tolonglah rakyat di Jerantut telah lama ketandusan pemimpin yang dapat membela rakyat secara keseluruhanya.
 
Calon Baru yang lebih berjiwa rakyat sangat diperlukan di Jerantut ini.. Tolonglah.!!

3 ulasan:

  1. SALAM SAUDARAKU!

    KEHADIRAN SAUDARA DI ALAM SIBER DI ALU-ALUKAN!!

    NYATAKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT.NYATAKAN LUAHAN HATI WALAUPUN PEDIH.NYATAKAN KEDUKAAN WALAUPUN SAKIT.

    SYABAS!!!ANDA PUNYA KEBERANIAN,TIADA AMPU-AMPUAN.

    KALAU SUDI,LINKKAN BLOG SAYA DI SINI,

    http://kutukandewata.blogspot.com

    Terima kasih sahabatku!

    BalasPadam

silalah komen.