Pengikut

Rabu, 1 Februari 2012

PANAS API!! STRATEGI UMNO LEMAH SEBAB BLOGGER WZWH??

Mantan Ahli Parlimen Jerantut Kamarulzaman di sebelah kanan bersama blogger Otai  Brave Heart

Dalam keadaan sekarang  parti lawan telah mula menyusun strategi dengan pendedahan memeranjatkan apa yang kita katakan “drumming up” menyalakan bara perjuangan dan menjalankan kerja-kerja perang saraf yang hebat. 

Mereka mula dari sekarang  sedangkan UMNO diberitakan masih belum mendapatkan formula gerak kerja dan teknik dan strategi sesuai. 

Lihat sahaja apa yang berlaku di Jerantut, contohnya bilik gerakkan DAP telah pun mula dibuka, Tetapi bilik gerakkan umno entah dimana.

  Kalau kita mengulas mengenai media khususnya, media alternatif kolaborasi masih dalam keadaan yang tidak menyeluruh dan konsentrasi semata-mata dengan serangan ke atas Anwar Ibrahim sahaja tidak mencukupi. 

Langkah mesti tersusun dan tersedia untuk dilaksanakan  malah sudah sepatutnya dilaksanakan sebelum kita sampai ke zon mi segera yang akhirnya mengecewakan UMNO. 

Kerana itulah Suara Api mencadangkan dan memilih calon-calon pilihan raya pada post terdahulu dengan segera agar mereka mempunyai motivasi untuk memulakan langkah ke gerakan memajukan UMNO.  Namun baru-baru ini di blog borok politik telah mengeluarkan post berkenaan senarai calon yang sedang dipilih oleh PM sendiri baca disini

Walaupun bagi pendapat suara api senarai calon yang tersenarai di blog tersebut bukanlah senarai muktamad. Tetapi suara api lebih setuju jika semua dirombak secara total. 


Berkenaan dengan blogger Jerantut, Suara api secara peribadi tidak bersetuju dengan cara penulisan Blog WZWH yang terlalu terbuka yang akan mengundang padah kepada landskap politik Jerantut. WZWH sepatutnya berhati-hati dalam menulis artikel yang dilihat banyak menjaga kepentingan Dato Wan Amizan.


Suara Api Cabar WZWH menjawab isu berkenaan posting Saman dari Mantan Ahli Parlimen Jerantut iaitu Kamaruzaman Baria. Suara Api melihat WZWH agar keterlaluan dengan mengheret Mantan Ahli Parlimen ke kancah politik sempit yang ditunjukan oleh WZWH.

Suara Api tahu WZWH bimbang akan kebangkitan semula Kamarulzaman Baria kepentas politik Jerantut? kerana WZWH bimbang kerusi Parlimen Jerantut dirampas oleh Kamarulzaman Baria. Isu ini banyak memberi kesan buruk terhadap politik WAN Amizan.


Walaupun Kamarulzaman Baria tidak lagi berkhidmat sebagai ahli parlimen, namun Suara api sangat menghormati kepimpinan beliau.


WZWH sila Jawab.

4 ulasan:

  1. inilah masalah umno orang lama-lama dipinggirkan. Harus ingat tiada yang tua tiada yang muda. Jangan sombong dan angkuh bila berkuasa, pasti suatu hari akan merasa jua hilang segalanya.

    BalasPadam
  2. saya ingatkan wzwh itu yb adun tahan..maaf tak berapa kenal sikit orang politik ini walaupun saya bekerja di Jerantut. Walaupun saya orang rompin tetapi saya suka naik bot kekuala tahan, bila nak buat program naik bot?

    BalasPadam
  3. itu makna umno nak kena tibai la. Aku benci kat pemimpin yang putar belit. Ada kuasa tapi asyik buat harta ja.

    BalasPadam

silalah komen.