Pengikut

Jumaat, 21 September 2012

MENGAPA WZWH TIDAK SETUJU DENGAN WAN AMIZAN?

 SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?


BACA POSTING WZWH DIBAWAH:

Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:


  • MCA perlu letak calon baru yang boleh menang untuk bertanding di DUN Damak PRU 13.
  • Jika MCA tiada calon boleh menang maka UMNO  mahu kuota DUN Damak.
Rasional UMNO Bahagian Jerantut begini:
  • Majoriti undi DUN Damak semakin merosot.
  • PRU 11 MCA menang majoriti 2544.
  • PRU 12 MCA menang majoriti 509.
  • Calon MCA yang sama sejak 4 penggal lepas.
  • MCA Jerantut kurang berjaya menarik perhatian dan minat orang Cina.
Mari lihat data terkini DUN Damak:
Bilangan pengundi berdaftar: 22,098 dengan pecahan mengikut kaum:
  • Melayu      12,336 (55.82%)
  • Cina              7690 (34.8%)
  • India              1328 (6.01%)
  • Orang Asli       676 (3.06%)
  • Lain-lain             68 (0.31%)
Untuk mengkaji apa kesan jika MCA Jerantut gagal tonjolkan calon baru dan jika UMNO Jerantut berkeras mahu ambil kuota DUN Damak mari kita lihat data Parlimen Jerantut pula:
Bilangan pengundi berdaftar: 56,146 dengan pecahan mengikut kaum:
  • Melayu        45,276 (80.64%)
  • Cina               7837 (13.96%)
  • India              1624 (2.89%)
  • Orang Asli      1296 (2.31%)
  • Lain-lain          113 (0.20%)
Dengan data yang ada MCA dan UMNO Jerantut perlu berbincang berdasar fakta bukan dengan emosi.
Apa yang disarankan oleh UMNO Jerantut ada baiknya. MCA Jerantut perlu terima cabaran UMNO Jerantut supaya jentera MCA Jerantut lebih cekap dan berkesan.
Apa MCA Jerantut perlu buat?:
  • Kenalpasti siapa ahli-ahli  MCA Jerantut?
  • Dimana cawangan dan AJKnya?
  • Aktif atau tidak aktif?
  • Bagaimana menarik minat pengundi Cina?
WZWH sebagai blogger dan ahli politik Jerantut telah menyatakan bahawa DUN Damak perlu dikekalkan kepada MCA cuma WZWH mahu MCA perlu bekerja lebih keras supaya lebih ramai pengundi Cina menyokong calon parlimen BN Jerantut.
Tiada erti jika UMNO Jerantut bersusah payah memenangkan MCA di DUN Damak namun tiada usaha yang serupa dilakukan bagi memenangkan calon parlimen Jerantut yang diwakili oleh UMNO!
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 itu hak pemimpin tertinggi MCA. Namun WZWH sebagai blogger Jerantut juga perlu  menyuarakan kehendak beberapa kumpulan komuniti Cina Jerantut. 
Mereka mahu WZWH tonjolkan calon-calon mereka dan WZWH terpaksa akur dengan kehendak mereka kerana blog WZWH adalah blog politik Jerantut dan suara rakyat Jerantut.
Walau dikatakan pengundi Cina  Jerantut pada masa sekarang lebih tertarik kepada perjuangan DAP berbanding MCA tapi bila WZWH turun padang berjumpa dengan orang Cina Jerantut WZWH dapati  untuk mendapat sokongan orang Cina Jerantut kita perlu mendekati juga pertubuhan NGO dan persatuan Cina Jerantut termasuk Dewan Perniagaan dan clan-clan.
Yang penting pegang kepala-kepala pemimpin Cina Jerantut. Orang Cina Jerantut bukan macam orang Cina Bangsar. Orang Cina Jerantut juga majoriti orang Cina Pahang ada juga adat dan sejarah mereka yang berkait dengan politik tradisional Pahang.
Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 jika berlaku perubahan calon? Disini WZWH perkenalkan nama-nama dua calon:
  1. Dato' Ng See Tiong
  2. Dato' Lam Kuang Yau
ng see
Dato' Ng See Tiong, 52 tahun.
Seorang peguam di firma Ibrahim Kamaruddin & Associates. Graduate Universiti Malaya. Anak jati Jerantut. Ahli MCA yang berpengalaman. Ahli MDJ. Mesra dengan orang Melayu. Suka bergaul dengan masyarakat. Pandai bercakap dengan hujah yang meyakinkan. Juga aktif dengan pertubuhan NGO Cina Jerantut.
Dato' Lam Kuang Yau, 50 tahun.
Seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Graduate Bsc Civil Ingineering dari University of Aberdeen, Scotland, UK. Anak Cina Sungai Jan Jerantut. Ahli MCA yang aktif dengan Persatuan Pertubuhan Cina, Naib Presiden. Aktif dengan masyarakat Cina Jerantut terutama sukan.
 SUARA API UCAP TAHNIAH KEPADA WZWH KERANA BERANI MENYATAKAN PENDAPAT. SIAPA KATA WZWH IKUT TELUNJUK WAN AMIZAN?


3 ulasan:

  1. wzwh nak calon dun tahan tu.maka wan amizan boleh pergi mampus la. dia kata wan amizan tak layak situ lagi. banyak masalah.

    BalasPadam
  2. Klau dah majoritinya Melayu kenapa nak bagi kepada Cina. Melayu UMNO takut ke? Sekiranya diletakan calon bukan Melayu olih BN maka peluang untuk BN kalah adalah cerah. Kalau ada melayu bertanding atas tiket Bebas inshaallah.pluang menag amat cerah.

    BalasPadam
  3. wzwh gila kuasa la tu

    BalasPadam

silalah komen.