Keputusan mahkamah
MEMBEBASKAN mungkin di luar dugaan Anwar Ibrahim dan
penyokong-penyokongnya.
Tahniah kepada Barisan peguam Anwar Ibrahim dan
secara peribadi keputusan itu harus diterima sebagai satu keputusan yang
menunjukkan bahawa keadilan masih terjaga dan tidak tercemar oleh kuasa
politik.
Bagi penyokong KEADILAN UNTUK SAIFUL mungkin
keputusan ini membuat mereka kecewa. Mungkin pada mereka itu adalah satu
perjuangan yang perlu diteruskan dengan serius sebagaimana penyokong
Anwar Ibrahim memperjuangkan pemimpin mereka.
Hakikatnya, keputusan itu
merujuk ketetapan bahawa tidak ada konspirasi melibatkan sistem
kehakiman kita setidak-tidaknya era pemerintahan PM Najib BEBAS dari tuduhan konspirasi melibatkan sistem kehakiman dalam kes LIWAT 2 Anwar Ibrahim.
Asas perlu kita tegaskan bahawa menang atau kalah bagi suara api itu bukan pengiraan dalam politik. Khidmat kita pada rakyat, ketelusan
dan integriti adalah nada yang penting untuk memenangi hati rakyat.
UMNO
juga mengambil pendekatan serupa isu Saiful bukan isu UMNO namun
mungkin sesetengah media alternatif Pro UMNO memainkan isu ini sehingga
terbakar dan menyebabkan persepsi langsung menunjukkan UMNO terlibat.
Itu perlu kita teliti sebelum akhirnya antara pro UMNO sendiri menyokong
UMNO tapi lebih membawa rebah.
telus perlu ada dalam umno. jangan jadi pembangkang suka pusing.
BalasPadamsusah juga rakyat kena belit saja!
BalasPadam