Rakyat sekarang sudah mula menilai pemimpin atau calon yang
bertanding dari mana-mana parti politik dan kriteria utama yang mereka
letakkan untuk mengangkat pemimpin yang akan dinobatkan dalam PRU ke 13
nanti adalah bersih, berakhlak mulia, berjiwa rakyat, mempunyai wibawa,
membela isu rakyat, serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk
membangunkan negara.
Rakyat sudah jemu dan menolak pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah, skandal, korup serta tidak berwibawa.
Selain itu parti-parti politik perlu menjaga imej negara di pentas antarabangsa.Rakyat negara ini tidak rela reputasi negara ini
jatuh di mata masyarakat dunia angkara pemimpin yang dikaitkan dengan
rasuah.
Untuk membina imej yang baik ini, pemimpin di mana-mana peringkat perlu bersih malah dilihat bersih oleh rakyat.
Pemimpin tidak boleh terkait dengan apa juga skandal yang menjadi masalah kepada beliau di kemudian hari.
Pemimpin mesti menjadi contoh yang baik kepada
masyarakat untuk diikuti agar mudah arahan mereka dipatuhi oleh rakyat.
betul so, ada otak pakai~!
BalasPadamAda tanah Gadai
BalasPadam