Demikian luahan hati seorang sahabat tatkala kami duduk bersembang disebuah warong kopi disekitar kawasan Felda.
Sambil duduk berborak tu, ada beberapa orang warga peneroka yang sedang asyik bersembang menceritakan soal isu - isu semasa.
Terngiang
- ngiang jugak dihujung telinga mendengar dengan khusyuk perbualan yang
sedang berlansung dimeja sebelah. Bukan la nak jaga tepi kain orang.
Antara
yang dibualkan oleh warga Peneroka tu sudah tentunya mengenai isu
Felda. Ada sorang dua yang asyik membakar semangat peneroka lain agar
mengambil tindakan.
Beria
- ia benar mereka mengatakan bahawa peneroka selama ini telah ditipu
oleh Felda Pusat. Mereka sepatutnya dapat lebih dari apa yang dimiliki
hari ini.
Tak
ketinggalan juga mereka turut mendesak agar peneroka - peneroka lain
turut bersama - sama mereka mengambil tindakan saman terhadap Felda.
Persoalan
yang bermain diminda ketika itu ialah, adakah dengan mengambil
tindakan tersebut akan memberi keuntungan kepada peneroka tersebut?
Kalau
menang, ada la dapat duit sikit. Tapi tak boleh jadi kaya jugak. Lain
la kalau saman tu sorang peneroka dapat RM1juta sorang. Baru berbaloi
saman yang dibuat.
Tanpa
disedari, sahabat yang sorang tu memulakan bicara dengan peneroka
- peneroka tersebut. Soalan yang sama bermain diminda Semut diajukan.
Puas
la orang yang asyik membakar semangat peneroka Felda tu menjawab soalan
tersebut. Kata mereka, ini bukan soal untung atau rugi. Ini soal hak,
kata dia.
Hak
apa yang dituntut sebenarnya? Adakah selepas saman itu dilakukan, Felda
akan mebayar mereka seperti mana yang dibayar pada hari ini?
Soalan
seterusnya yang diajukan oleh sahabat Semut ialah berapa kadar
pendapatan Peneroka setiap bulan? RM 1,500 kata mereka. Itu pun kalau
tak de hasil.
Maknanya, sambil goyang kaki sahaja, Peneroka ni boleh dapat pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan. Tak termasuk elaun lain lagi.
Maka
dengan itu keluar ayat diatas. "Saya kerja 8jam sehari, 5hari seminggu.
Kadang - kadang sampai malam nak siapkan kertas kerja. Gaji baru
RM2,500 sebulan.
"Jika
nak dibandingkan dengan pakcik, jauh sangat senangnya. Pakcik goyang
kaki dapat RM1,500 sebulan. Bukan setakat dapat duit. Macam - macam
dapat. Rumah, tanah, elaun itu ini. Pun tak cukup lagi ke?"
Kalau difikirkan secara logik, apa yang dikatakan oleh sahabat tu ada betulnya. Memang itulah hakikat sebenar.
Golongan
peneroka ni lebih banyak dapat keuntungan daripada orang lain. Malah
jauh lebih mewah dari orang yang duduk dikampung - kampung.
"Saya
dah kerja hampir 5tahun, jangan kata tanah. Nak beli rumah pun tak
mampu lagi. Tapi saya bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi. Saya
zuhud dengan pemberianNya.
"Apakah
keredhaan Allah itu bukan sesuatu yang dituntut dalam hidup ni?"soal
sahabat lagi. Terkedu sekejap orang yang asyik membakar peneroka
lain tu.
Sesungguhnya,
hidup atas muka bumi ni kena selalu luahkan rasa bersyukur. Jangan ikut
sangat pujuk rayu orang yang malas macam Si Mazlan Aliman tu. Dia bukan
sahaja pemalas, asyik nak makan atas keuntungan orang lain je kerjanya.
Bukan dia ada kerja lain!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silalah komen.